banner (1)

test banner

banner

test banner

[MAKLUMAN] TARIKH-TARIKH PENTING

17-22 Disember 2011 : Penghantaran Usul Bertulis
18-28 Disember 2011 : Pendaftaran Perwakilan/Pemerhati MTC (melalui CP dan CVP)
31 Disember 2011 : Mesyuarat Tahunan Cawangan Kali Ke-2

Tuesday, 20 December 2011

Kenali Usul

Definisi usul
1. Cadangan meminda mana-mana akta dalam perlembagaan persatuan.
Keputusan untuk meminda perlembagaan hanya akan di putuskan pada Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN (MAT). Usul yang bersifat meminda perlembagaann hanya akan dibahas di peringkat cawangan dan akan dibawa ke peringkat pusat iaitu pada MAT.

2. Cadangan gerak kerja berkaitan dengan dasar pembawakan dan melibatkan AJKT dan ahli persatuan seluruhnya.

3 Cadangan penyelesaian kepada masalah KRITIKAL (yang bersifat punca utama kepada masalah-masalah lain dalam persatuan).

Mempromosikan usul
Pihak AJK pelaksana telah bersetuju untuk membenarkan pencadang usul untuk mempromosikan usul-usul mereka, sama ada di blog, shoutbox, email dan sebagainya. Antara sebab-sebab promosi ini dibenarkan adalah untuk:
  • Mengajak semua ahli cakna dengan isu-isu dan keadaan di sekeliling mereka.
  • Menggalakkan ahli-ahli bersuara menyatakan pendapat dan idea masing-masing berkenaan dengan isu yang diketengahkan.
Pihak AJK pelaksana tidak akan sama sekali membantu pencadang usul untuk mempromosikan usul-usul mereka. Adab dan etika perlu dititikberatkan semasa mempromosi usul demi keharmonian bersama.

Status usul selepas dicadangkan
Usul-usul yang dicadangkan akan melalui proses penapisan iaitu melalui perbincangan Majlis Penasihat dan Panitia perancang PERUBATAN Cawangan Zagazig selepas tarikh tamat tutup cadangan usul (Rabu, 22/12/2011). Mana-mana usul yang diterima akan diiklankan beberapa hari selepas itu bergantung kepada bilangan usul serta isu yang diketengahkan. Walaubagaimanapun, kami akan memaklumkan hal-hal berkaitan dari semasa ke semasa.

0 comments:

Post a Comment