Assalamualaikum w.b.t
Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Setinggi syukur atas limpahan nikmatNya kita masih bersama-sama berada di medan pendokong agama Allah SWT.
Genap setahun pergerakkan PERUBATAN Cawangan Zagazig Sesi 2011, dengan ini Mesyuarat Tahunan Cawangan di peringkat Zagazig sekali lagi bertemu buat kali kedua. Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) merupakan medan bermesyuarat antara ahli dan pimpinan, gelangang muhasabah ,platform kritikan, cadangan dan sebagainya. Sedarkah kita bahawa konsep inilah konsep murni yang diamalkan junjungan nabi Muhammad SAW sewaktu pemerintahan baginda. Justeru, setiap gerak kerja dan lontaran idea dimana pengakhirannya menzahirkan keputusan adalah demi mencapai kebaikan bersama dan mencari keredhaan Allah SWT semata-mata. Firman Allah SWT:
“.. orang-orang yang menyahut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya” (Asy-Syura : 38)
OBJEKTIF
1. Memudahkan dan melicinkan perjalanan Mesyuarat Tahunan Cawangan PCZ Kali Ke-2.
2. Membuka peluang seluas-luasnya kepada ahli dalam mengemukakan pendapat dan pandangan yang membina sebagai garis panduan dan timbang tara kepada generasi barisan kepimpinan PCZ pada masa akan datang.
3. Mendidik ahli agar menjiwai sikap toleransi dengan menjadikan semangat ukhuwah Islamiah sebagai pemangkin gerak kerja secara berkumpulan.
4. Mendidik sifat berlapang dada antara barisan kepimpinan dan ahli agar masing-masing dapat menerima dan memberi teguran, muhasabah mahupun kritikan.
5. Memdedahkan ahli melalui pengalaman berpersatuan dan kepentingan kebersamaan dalam menjayakan misi dan visi persatuan.
*MAKLUMAT PENTING
· Tarikh, tempat dan masa beserta maklumat lengkap berkenaan mesyuarat adalah tertakluk pada perubahan dan akan dimaklumkan dari masa kesemasa.
· Makluman tarikh pembukaan, penerimaan USUL adalah pada 17 sehingga 22 Disember dan dihantar melalui email : setiausahapcz@gmail.com
0 comments:
Post a Comment