Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim
Banyak idea bermain di fikiran anda untuk PCZ ??
Inilah tempat yang sesuai untuk anda menyuarakan pendapat dan idea-idea bernas anda. Mari sama-sama mencadangkan usul yang dapat kita bincangkan di antara semua ahli PERUBATAN di bumi Zagazig dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan yang akan diadakan pada 31 Disember 2011 ini.
Oleh itu, sukacitanya dimaklumkan bahawa cadangan usul bertulis boleh dilakukan sepanjang tarikh pengahantaran cadangan usul (17-22 Disember 2011) .
Ciri-ciri usul yang ingin diberikan mestilah memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
1. Setiap ahli yang layak mengundi boleh menghantar usul yang hendak dicadangkan kepada Setiausaha PCZ melalui email (su_pcz@yahoo.com) mengikut tempoh masa yang ditetapkan untuk penghantaran usul.
2. Perbahasan usul berdasarkan 2 bentuk:
Bentuk pertama : usul yang dimaksudkan dalam Fasal 33 Perlembagaan PERUBATAN. Perlembagaan akan dibahaskan namun, sebarang pindaan atau penghapusan hanya sah dilakukan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN.
Bentuk kedua : perkara yang berkaitan dengan gerak kerja lokaliti (Sekitar Zagazig) sahaja dan tidak mengubah mana-mana fasal perlembagaan.
3. Setiap usul yang diberikan harus menggunakan kata-kata yang sopan, ayat-ayat yang ringkas, padat dan jelas.
4. Setiap frasa dalam lafaz usul boleh dibahaskan oleh perwakilan.
5. Prioriti MTC Zagazig adalah usul bentuk kedua.
PENTING!!
Emailkan cadangan usul ke email setiausahapcz@gmail.com dan sila nayatakan;
- NAMA PENUH
- TAHUN PENGAJIAN
- UNIVERSITI
0 comments:
Post a Comment