banner (1)

test banner

banner

test banner

[MAKLUMAN] TARIKH-TARIKH PENTING

17-22 Disember 2011 : Penghantaran Usul Bertulis
18-28 Disember 2011 : Pendaftaran Perwakilan/Pemerhati MTC (melalui CP dan CVP)
31 Disember 2011 : Mesyuarat Tahunan Cawangan Kali Ke-2

Wednesday 21 December 2011

Mengenai Perwakilan & Pemerhati



PERWAKILAN:
Merupakan ahli PERUBATAN/PCZ yang telah matang keahliannya dan telah mendaftar sebagai ahli MTC. Ahli perwakilan layak untuk membahas, mengundi usul dan mengemukakan cadangan.

PEMERHATI:
Merupakan ahli PERUBATAN/PCZ yang hadir semasa MTC yang hanya boleh meninjau dan melihat mesyuarat berlangsung tanpa boleh bersuara.

ETIKA PERWAKILAN
·     Mestilah merupakan ahli PERUBATAN/PCZ yang telah melepasi tempoh matang setahun.
·     Pelajar yang layak mengundi pada pilihanraya PCZ yang lepas.
·     Menghormati majlis yang berlangsung.
·     Mematuhi etika perbahasan usul.
·     Mematuhi etika pakaian.

HAK-HAK PERWAKILAN
·     Perwakilan sebagai medium bagi menyampaikan suara ahli semasa mesyuarat tahunan berlangsung.
·     Setiap perwakilan berhak bersuara untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat semasa mesyuarat.
·     Perwakilan diberikan hak untuk memberi cadangan sama ada dalam bertulis atau lisan.

ETIKA PEMERHATI
·     Semua tahun 1 yang telah menjadi ahli PERUBATAN/PCZ.
·     Menghormati majlis sepanjang MTC berlangsung.
·     Mematuhi etika pakaian.

HAK-HAK PEMERHATI
·     Pemerhati tidak mempunyai hak untuk bersuara bagi membahaskan usul atau memberi cadangan.
·     Namun,pemerhati boleh mewakilkan kepada perwakilan untuk bersuara.

ETIKA PAKAIAN

Lelaki :
·     Menutup aurat.
·     Berpakaian kemas (digalakkan memakai baju melayu/t-shirt berkolar/kemeja).
·     Memakai kasut.

Perempuan:
·     Menutup aurat.
·     Memakai baju kurung atau jubah.
·     Memakai kasut.


0 comments:

Post a Comment